Tekan Ayat

27 Oktober 2011

Sejarah Telefon Bimbitku

Filed under: Aku,Duit,Teknologi — tekanayat @ 11:59

– Alcatel..Benda pertama dibeli selepas dpt gaji pertama

– Yg lawak tu 3 bulan sebelum beli telefon ni aku dah ada sim card Celcom..Apa kejadah beli sim card dulu aku pun tak faham..maklum la budak baru habis belajar ni memang mudah kena tipu

– Beli kat member..rm 300..member beli baru pon rm 300 jugak..bangang betul soal kewangan..naif la katakan..

– Ada loud speaker..berlagak la..ckp dgn makwe pon pasang kuat2..kah kah..walkie talkie la konon

– nak charge kena letak kat stand..jadi henpon mcm ala2 berdiri..nampak cun kalo ltk kat atas almari perhiasan tapi kalau bateri habis seksa la..terpaksa pakai loud speaker..masa tu dah mula fikir pasal privacy..takkan semua benda nak on air..

 

– Siemen..Beli dgn member jugak lps gadai alcatel

– Gadai Alcatel tu pon lawak jugak..aku beli satu simcard Maxis rm100 dari member..ntah dari mana dia rembat..sekali lps pasang simcard telefon bunyi tak henti-henti siang mlm..aku rasa member tu rembat dari mana-mana wakil rakyat kot..terus aku jual skali dgn Alcatel dlm rm250..aman hidup aku..

– Bestnya henpon ni penuh dgn ciri-ciri eksekutif..warna hitam yg elegen..lampu kaler oren..tapi bateri tak kuat..jadi aku off kan lampunya..gila pakai henpon takde lampu..tapi selamber..

– yang penting takde antena pencucuk hidung..kih kih..

– Casing belakangnya ada getah bau wangi..sedap utk digrip..sedap jugak utk dikokak dek lipas..kuang hajo..buruk terus henpon aku..

– Tamat riwayat bila aku bagi kat mak aku..mak aku pass pulak kat adik2 aku..

 

– Tak ingat mcm mana aku dpt henpon ni..mungkin beli..mungkin jumpa..tapi tak mungkin curi sbb aku lelaki yg baik..sangaaat..tapi kalo tak silap aku beli dkt kedai henpon di Shah Alam..Second hand jugak..

– Dikira henpon yg agak up to date pada masa tu..lebih up to date la dari 3310..

– Lepas beli henpon ni aku terus setia dgn nokia sampai hari ini..

– Kalo tak silap aku terminate akaun celcom aku time pakai henpon ni..lps tu beli simcard Maxis second hand dgn harga rm150..yaaa..dan harga tu masih dianggap murah sbb masa tu simcard maxis yg baru berharga RM 235 kot..gila cekik darah..skrg rm 10 dah bole dpt..siap ada kredit kat dlm lagi..cilakak..

 

 

 

Advertisements

29 November 2010

Jeans

Filed under: Aku,Duit — tekanayat @ 00:02

BARU-baru ini, lagu-lagu Bon Jovi kerap diputarkan di radio. Apatah lagi band rock yang berasal dari New Jersey di Amerika Syarikat itu baru sahaja menerima anugerah Ikon Global MTV Eropah pada awal bulan ini. Memang band ini layak dinobatkan sebagai Ikon global apatah lagi ia pantas mengembalikan nostalgia trend yang dipopularkan oleh Jon Bon Jovi pada akhir 1980-an iaitu seluar jean koyak di lutut.

Walhal sebelum itu, jean yang koyak tidak sengaja (akibat terjatuh), terus tidak dipakai lagi. Ia dianggap sudah rosak dan malu dipakai di khalayak umum waima ke pasar minggu. Trend jean koyak Bon Jovi merubah persepsi sedemikian. Kalau koyak setakat saiz duit syiling 50 sen, rabakkannya lagi jadi sampai berjuntai, keluar raut-raut benang.

Di sebelah dalamnya boleh dibiar menunjukkan kepala lutut atau peha; atau ditampal dengan lapisan jeans yang lain. Ia adalah ‘fesyen yang gila’, kata ibu ketika itu. Ya, saya masih memiliki gambar memakai jean tersebut. Tetapi hari ini, susah sikit untuk sesiapa menyakinkan saya agar memakai jean koyak seumpamanya walaupun saya tidak keberatan berkaraoke lagu You Give Love A Bad Name.

Boleh dikatakan hampir semua daripada kita mesti ada memiliki sekurang-kurangnya sepasang jean dalam almari pakaian. Malah, kanak-kanak berusia dua tahun pun ada, apalagi warga emas. Seluar jean wajib ada.

Seluar jeans yang menggunakan fabrik denim telah dikeluarkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat sejak tahun 1830-an lagi. Putaran tenunan denim menghasilkan ketebalan fabrik dan sekali gus lebih lasak berbanding seluar yang diperbuat daripada bahan lain. Atas faktor tersebut, denim telah lama digunakan sebagai pakaian seragam untuk pelaut, petani, koboi dan buruh. Bermakna asal kewujudan jean atau pakaian denim, bukan sebagai produk fesyen. Malah, kemunculan jenama Levi’s asalnya adalah sebagai pembekal pakaian kerja bagi pelombong emas di California. Atas faktor ia dikaitkan dengan golongan pekerja, pemakaian jean pada awalnya dianggap sebagai ‘berkelas rendah’.

Pemakaian jean sebagai fesyen hanya berkembang pada 1970-an di mana permintaan bagi pakaian denim meningkat, sekali gus menjadi simbol status. Antara senario yang nyata ialah jean masih tidak diterima sebagai pakaian yang boleh dipakai ke semua acara. Misalnya, sesiapa yang memakai jean ke majlis-majlis rasmi dianggap tidak menghormati orang yang menjemput mereka. Malah, kebanyakan universiti awam di Malaysia mengenakan larangan ketat kepada siswa-siswi agar tidak berseluar jean ke dewan kuliah. Patutnya tidak perlulah melarang macam pemerintahan junta tentera pula. Izinkan pelajar memakai jean kerana seluar ini mudah dijaga dan dipakai berulang kali selama seminggu (jimat kos dobi) dan tahan lama (boleh pakai sampai konvokesyen). Cuma, beritahulah pelajar agar jangan pakai seluar ala-Bon Jovi atau ketat di bahagian punggung.

Status sosial jean merangkumi pemakaian seluar jean walaupun dengan kot dan tali leher melambangkan ‘pencapaian individu’. Baju dan kotnya mencerminkan kekayaan/ kejayaan yang sudah diraih, dan seluar jean adalah simbol kepada ‘kebebasan’ yang dikecapinya, hasil daripada kekayaan / kejayaan berkenaan. Dalam filem Old Dog, John Travolta sebagai pemilik firma pemasaran nyata hebat berkot hitam, bertali leher yang dipadankan dengan seluar jean biru, berkasut kulit.

Pemakaian jean juga melambangkan ‘pemberontakan’. Pelakon Hollywood yang mati muda akibat kemalangan kereta, James Dean terkenal dengan imej baju T berwarna putih dan seluar jean. Ia dikatakan simbol kepada kedewasaan seseorang individu, keluar daripada kepompong remaja, tidak mahu dikongkong dan ‘berani buat dulu, fikir kemudian’.

Jika anda mengikuti fesyen yang diperagakan oleh David Beckham, pasti anda perasan seluar ketat pada kaki dengan paras pinggang di bawah pusat. Ia menyerupai jean yang dipakai isterinya, Victoria. Bukan dia meminjam seluar Victoria tetapi inilah trend hari ini dipanggil ‘skinny jean’. Fesyen jean yang boleh dinikmati oleh kedua-dua jantina. Ia sesuai untuk orang kurus tetapi sangat tidak sesuai untuk orang yang boroi.

Mendatar

Pada 1980-an, satu fesyen jean khas untuk wanita turut popular di negara ini. Seluar itu sampai ke pusat, kembang di bahagian belakang dan peha, mengecil di kaki diistilahkan ‘mom jeans‘. Ia bermaksud wanita yang bergelar ibu, sudah tidak kisah lagi mengenai bentuk tubuhnya dan jean tersebut nampak mendatar, jauh dari menarik. Kembar pada istilah ini ialah ‘dad jeans’. Tahun lalu, Presiden Barack Obama dikaitkan dengan istilah itu setelah dilihat memakai jean yang lurus bendul semasa menonton perlawanan besbol.

Dulu, ramai orang akan cuba menjaga jean mereka daripada luntur sebelum waktunya. Kekalkan keaslian warna birunya selama mungkin, agar nampak baru selalu. Hari ini, anda boleh pilih jean yang sepudar-pudar (dipanggil stoned wash) warna kerana inilah trend hari ini. Jika anda peminat hip hop, jean yang dicari ialah kembang dan labuh. Di Barat, kebanyakannya adalah pemuda Afrika-Amerika yang berbadan besar dan gempal. Di Malaysia, banyak yang kurus dan rendah. Bila memakai jean labuh, yang kelihatan hanyalah seluar lebih besar daripada si pemakainya.

Simbol status jean dewasa ini juga dinilai daripada jenama jean yang dimiliki. Ia diistilahkan sebagai ‘designer jean‘ atau jean pereka iaitu bukan jenama jean yang standard ditemui di pasar raya. Ia lazimnya dijual di butik khusus di kompleks membeli-belah tertentu sahaja. Terdapat pelbagai jenama jean yang ada di pasaran Malaysia hari ini.

Skinny jean berjenama seperti Jordache, D&G, Calvin Klein, Diesel, Guess?, Sergio Valente, Sasson, Gloria Vanderbilt, Parasuco, Armani dan beberapa lagi tidak datang dengan harga yang murah. Ia berharga RM500 ke atas. Selain itu, kecenderungan syarikat-syarikat automotif global memperkenalkan aksesori gaya hidup iaitu pakaian yang menepati pemilikan kereta mereka seperti BMW, Lotus, Mercedes-Benz juga menambahkan glamor dan prestij pemakainya.

Tetapi persoalannya, berapa ramaikah antara kita yang sanggup membeli seluar jean berjenama seumpamanya sehingga mencecah harga ribuan ringgit? Jenama Levi’s pun di sekitar harga RM230 ke atas dan ada jean edisi terhadnya yang dijual sehingga RM1,000 sepasang. Di kota-kota besar di Malaysia, memang ada permintaan bagi jean sedemikian. Jika tidak, masakan banyak premis menjualnya?

27 Julai 2010

Orang Melayu suka skim cepat kaya walaupun untungnya tidak logik

Filed under: Duit — tekanayat @ 14:57

MINGGU lepas, saya berpeluang balik ke Kuala Terengganu sempena majlis perkahwinan anak buah saya. Apa yang menarik perhatian saya, dalam majlis yang sedang sibuk sibuk itupun ada seorang pemuda mengedarkan risalah kepada yang hadir. Saya turut menerima risalah itu. Yang mengejutkan saya, risalah itu ialah risalah ‘pelaburan’ ala skim cepat kaya yang pernah menggemparkan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu era tahun 80-an, Pak Man Telo, Labu Peram dan lain lain lagi. Cuma bezanya skim cepat kaya yang diedarkan oleh pemuda itu adalah berselindung dengan program berinternet atas nama ‘bulks sms’ (sms pukal). Dalam program itu, dikatakan pelabur ada tiga pilihan. Sama ada hendak melabur RM250, RM500 atau RM1,000. Setiap pelabur dikehendaki mencari dua ahli yang lain untuk mendapat keuntungan penajaan 50 peratus dari pakej pilihan di atas. Selepas seseorang sudah berjaya menaja dua ahli, mereka akan mendapat keuntungan 100 peratus pula bagi penajaan ahli ketiga dan seterusnya. Lebih menyakitkan hati saya, kebanyakan yang kena tipu adalah golongan Melayu yang sememang miskin, tapi dimiskin lagi dengan skim- skim yang dikatakan boleh dapat memberi kekayaan dalam masa yang cepat!!! Dari segi logiknya, mana ada perniagaan, labur RM1,000 untung RM1,000 dalam masa yang singkat, tidak sampai satu hari! Demi masa depan masyarakat Melayu yang sering tertipu dengan skim skim sebegini, saya syorkan pihak Bank Negara dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serius terhadap skim itu yang berleluasa menipu masyarakat Melayu hari ini. Janganlah nanti sudah ramai tertipu, baru hendak mengambil tindakan. MONA MONTEL Kuala Lumpur

Kah..kah..kah..

Dulu aku pernah dioffer bisnes ni..memang menggoncang iman la jugak..nyaris aku nak masuk saham ni..tapi aku saja je hold dulu dgn alasan aku nak cari 2 org downline baru aku bayar yuran rm500 tu..

dan hasilnya?..usah kata nak cari 2 orang atau beribu-ribu orang..seorang pun payah nak lekat..

Sudahnya sampai sekarang aku tak masuk-masuk skim cepat kaya nih..keh keh..

p/s: sempat jugak aku bagi ayat ‘penguat semangat’ kat somebody yg ada niat nak jadikan aku downline tu..haha..

20 Julai 2010

Panduan Membeli Rumah

Filed under: Aku,Duit,Rumah ku Syurga ku — tekanayat @ 14:39

Publication: Jelita

Pendahuluan: Membeli atau menyewa? Jika seseorang atau pasangan diberi pilihan diantara membeli atau menyewa, sudah pasti jawapannya adalah membeli. Jawapan ini berdasarkan prinsip jika menyewa, rumah tersebut bukan menjadi milik anda! Jika berkemampuan, pastinya anda akan mencari lokasi kediaman yang sesuai sebelum membelinya.

Ruangan ini memberikan sedikit panduan kewangan dan bukan kewangan kepada anda mengenai beberapa pertimbangan rasional yang boleh dilaksanakan untuk memiliki rumah.

Panduan Kewagan
·Pertimbangan pertama yang perlu anda lakukan ialah pembiayaan yang perlu dibelanjakan untuk memiliki rumah. Bertanyalah kepada diri anda adakah anda berkemampuan untuk membayar wang pendahuluan dan bayaran bulanannnya?

Contoh:

Pengiraan bayaran balik pinjaman perumahan (bermula 1 Januari 2003, diandaikan pinjaman dibuat mulai 2003):
Harga rumah RM180,000
Tempoh bayaran balik pinjaman 20 tahun
Jumlah pinjaman bank RM150,000
Baki sebanyak RM30,000 (dari simpanan sendiri atau KWSP)
Faedah pinjaman 6.6% setahun
Pengiran jumlah bayaran balik pokok: RM150,000 x 6.6% x 20 tahun RM198,000
Bayaran pokok (bulanan) RM198,000 = RM825 (12 x 20)
Pengiraan bayaran balik faedah (sehari): RM150,000 x 6.6% x 1/365 = RM27.12

Oleh itu, jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (contoh: Januari 2003): RM27.12 x 31 hari = 840.72 + pokok RM825 = RM1,665.82

Bayaran faedah di kira berdasarkan hari dan kaedah yang digunakan ialah baki berkurangan. Ini bermakna, pada peringkat awal pembayaran pinjaman, anda perlu membayar jumlah yang banyak berbanding tahun-tahun terakhir.

Bayaran mulai bulan Januari 2004 hingga Disembar 2004 akan berkurangan. Bayaran pokok masih sebanyak RM825 sebulan. Bayaran faedah = RM150,000 � (RM825 x 12) x 6.6% x 1/365 = (RM150,000 – 9,900) x 6.6% x 1/365 = RM25.33 sehari

Jumlah bayaran balik pinjaman untuk sebulan (Januari 2004) = (RM25.33 x 31 hari) + pokok RM825 = RM785.23 + RM825 = RM1,610.23

·Berbincang bersama pasangan (suami atau isteri), cara terbaik membayar ansuran rumah. Tidak salah jika menetapkan gaji siapa yang akan digunakan untuk membayar ansuran rumah. Dicadangkan gaji suami, supaya gaji isteri boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan lain seperti kereta dan perbelanjaan harian.

Contoh:
Suami
Gaji: RM3,000 (kasar) sebulan
KWSP (9%): RM270 sebulan
Ansuran pinjaman perumahan RM750 sebulan
(25% daripada gaji bulanan)
Gaji bersih bulanan = RM(3,000-270-750) = RM1,980

Isteri
Gaji: RM2,500 (kasar) sebulan
KWSP 9%: RM225 sebulan
Ansuran pinjaman kereta RM400 sebulan
Gaji bersih bulanan = RM(2,500-225-400) = RM1,875

Kesimpulan: Keluarga ini masih ada baki sebanyak RM3,855 sebulan (RM1,980 + RM1,875) untuk dibelanjakan. Belanja-belanja lain yang perlu dibayar ialah utiliti, petrol, pembakan dan penelenggaraa rumah dan kereta, dan perlanjaan persekolahan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kemudahan pinaman diberi kepada anda berdasarkan kemampuan anda untuk membayarnya setiap bulan. Buat pengiraan terlebih dahulu sebelum meminjam.
·Bincangkan keuntungan membeli rumah sendiri. Walaupun anda harus membayar lebih berbanding dengan menyewa, keuntungan yang akan diperolehi biasanya lebih tinggi berbanding sewa. Selain itu, anda juga boleh menyewakan kediaman itu jika perlu. Contoh: Apabila anda sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain atau majikan anda telah menyediakan tempat tinggal secara percuma atau dengan bayaran minimum.

Contoh:
Rumah disewakan pada kadar bulanan sebanyak RM1,400
Bayaran ansuran pinjaman bank RM750
Cukai tanah dan taksiran RM500
Pembaikan dan penyelenggaraan RM1,000

Keuntungan yang diperoleh daripada penyewaan rumah sendiri:
Sewa RM1,400 x 12 bulan = RM16,800
Tolak:Bayaran ansuran pinjaman bank RM 9,000 (RM750x12)
Pembaikan dan penyelenggaraan RM 1,000
Cukai tanah dan taksiran RM 500
Lebihan RM 6,300

Anda memperoleh pendapatan sampingan sebanyak RM525 (RM6,300/12) sebulan.
·Berbincang berkenaan dengan biaya tambahan yang harus dikeluarkan juga apabila ingin memiliki rumah. (contoh: wang KWSP, jualan saham, pinjaman dari keluarga atau ibu bapa yang mampu)
·Berbincang juga jika anda memerlukan kerja untuk mengubah suai dan membaiki sekiranya rumah tersebut mengalami masalah. Terutama sekali jika anda bercadang untuk menyewakannya.
·Jika kewangan anda terhad, jangan terburu-buru untuk mengubahsuai. Kekalkan rumah mengikut rekaan asal. Apa yang penting, anda perlu menjaganya supaya sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.
·Kos-kos lain seperti belanja gumana, duti setem, dan premium insurans perlu diambilkira

Jadual pertama Solicitors Remuneration Order 1991 telah menetapkan bayaran kepada peguam dalam urusan jual-beli rumah seperti berikut:
§1 peratus ke atas RM100,000 yag pertama
§0.5 peratus ke atas RM4,900,000 yang berikutnya
§0.25 peratus ke atas baki

Pihak peguam hanya boleh mengutip bayaran yuran guaman (fee) sama ada daripada pembeli atau penjual, bukan daripada kedua-duanya.

Duti setem pula dikenakan ke atas dokumen pindah milik berdasarkan harga beli, seperti berikut:
§1 peratus ke atas RM100,000 yang pertama
§2 peratus ke atas RM400,000 yang berikutnya
§3 petatus ke atas RM1,500,000 yang berikutnya
§4 peratus ke atas baki

Berapakah jumlah yang mampu anda bayar?

Sebagai panduan, lazimnya bayaran pinjaman hendaklah dalam lingkungan 25 peratus hingga 33 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Ini juga bergantung kepada hutang-hutang lain yang anda tanggung (seperti ansuran pinjaman kenderaan).

Apakah had yang dikenakan bagi sesuatu pinjaman?

Contoh: Terdapat bank-bank komersil yang menghadkan umur peminjam antara 18 hingga 60 tahun.

Jika umur melebhi 50 tahun, biasanya bank akan hanya membenarkan 50 peratus daripada harga rumah.

Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman perumahan ialah 35 tahun. Jika tempoh bayaran balik singkat, jumlah bayaran balik adalah tinggi tetapi faedah yang dikenakan tidak terlalu tinggi.

Panduan Bukan Kewangan

Berikut pula adalah panduan yang lebih terperinci untuk diambilkira sebelum anda membuat keputusan membeli rumah kediaman. Sebagai pembeli, anda perlu mengetahui aspek yang penting dalam proses untuk memiliki rumah supaya tidak terpedaya dengan taktik-taktik pemaju perumahan yang menawarkan pelbagai umpan untuk memastikan supaya rumah mereka terjual.

Beberapa aspek penting ada dikemukakan oleh Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang perlu diambilkira oleh seseorang pembeli. Diantaranya ialah:
·Pemaju perumahan perlu mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa.
·Pemaju perumahan mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.
·Kenalpasti jenis rumah yang diiklankan.
·Surat perjanjian jualbeli untuk tanah dan bangunan (Landed Property) ialah 24 bulan, seperti rumah berkembar, rumah teres dan rumah banglo. Surat perjanjian jualbeli untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided building) ialah 36 bulan. Bangunan ini termasuk rumah pangsa, apartment, kondominium dan rumah bandar (town house).

Pembeli dinasihatkan supaya mendapatkan risalah secara percuma dari pemaju perumahan untuk mengetahui semua maklumat penting mengenai projek tersebut seperti lesen, permit, kawasan, pejabat pemaju dan sebagainya.

Selain fakta di atas, bakal pembeli perlu mengambilkira hak milik tanah iaitu: 1) Hak milik perseorangan
2) Hak milik perkongsian
3) Hak milik syarikat
4) Hak milik strata

Status tanah juga perlu diketahui ialah:
·Rizab Melayu (Malay Reserve)
·Hak milik kekal (Freehold)
·Pajakan 99 tahun (99 years lease)

Apabila anda mendapat maklumat berhubung pembukaan kaunter jualan rumah yang diiklankan, anda perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada pemaju perumahan dengan mengambilkira langkah berikut:
·Brosur projek perumahan secara percuma.
·Luas bangunan (rumah).
·Kedudukan rumah yang akan dibina.
·Tarikh rumah dijangka siap.
·Keadaan permukaan tapak di mana bangunan yang akan didirikan (seperti permukaan tapak yang berbukit, tanah bekas lombong, tanah paya)
·Contoh surat perjanjian jual beli.
·Teliti spesifikasi bahan pembinaan (tidak terlalu ramai pembeli yang prihatin tentang perkara ini)
·Rujukan nombor kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Anda perlu mengetahui hak dan kepentingan sebagai pembeli yang terdapat dalam surat perjanjian jual dan beli rumah. Maklumat tersebut haruslah yang mudah difahami.

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam proses membeli rumah:
·Isi perjanjian jualbeli rumah dirujuk menerusi Jadual G dan H di dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
·Pembeli perlu menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli pada masa pembayaran pertama iaitu 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Anda harus memastikan bahawa tarikh pembayaran pertama dan Surat Perjanjian Jualbeli adalah tarikh yang sama.
·Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran pun tanpa Surat Perjanjian Jualbeli.
·Anda pastikan tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh arkitek atau jurutera yang bertauliah.
·Jika anda (pembeli) atau pembiayaan (end financier : contoh bank) anda gagal membayar ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, anda sebagai pembeli boleh dikenakan faedah oleh pemaju. Ianya dikira dari hari atas kadar 10 peratus setahun ke atas ansuran tidak berbayar.
·Anda sebagai pembeli perlu diingatkan bahawa kegagalan anda untuk membayar ansuran dan faedah dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, ia membolehkan pemaju menamatkan perjanjian jualbeli.
·Pembeli diingatkan supaya membayar bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan longkang, potongan rumput di rizab jalan hanya akan dibuat mulai tarikh pemilikan kosong untuk tanah dan bangunan.
·Pembeli bertanggungjawab membayar cukai tanah, cukai taksiran serta caj lain ke atas harta yang dibeli mulai tarikh Perjanjian Jualbeli.
·Semasa penyerahan pemilikan kosong rumah dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Menduduki Bangunan (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.
·Pembeli hanya boleh menduduki rumah tersebut apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
·Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, ianya boleh dilakukan selepas mendapat CF dan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.
·Jika pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan, pemaju hendaklah membayar gantirugi kepada pembeli. Gantirugi dikira dari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahun daripada harga beli rumah.
·Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju berkenaan sebelum tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci) yang disebut dalam Perjanjian Jualbeli.

Kesimpulan: Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah, cuba buat sedikit perbandingan mengenai semua segi. Terutamanya harga rumah tersebut. Pemaju yang berlainan akan menawarkan harga yang berlainan. Mahal atau murah bergantung kepada lain-lain kemudahan yang disediakan. Dinasihatkan jangan sekali-kali anda terburu-buru dalam membuat keputusan. Pembelian rumah merupakan pelaburan besar dan lama. Proses yang terlibat dalam pembelian adalah rumit jika hendak dibandingkan dengan proses membeli sebuah kereta.

Oleh : Prof. Madya Faridah Ahmad, FCCA

9 Februari 2010

Taman Salak Idaman

Filed under: Aku,Duit,Rumah ku Syurga ku — tekanayat @ 11:34

 

satu hari sedang aku berjalan-jalan untuk urusan pejabat pos..aku terjumpa la satu pejabat jualan rumah betul-betul sebelah pejabat pos tersebut. Memandangkan pada masa itu aku dah naik bosan dengan rumah sewa aku yg asyik bocor disana sini..aku pun bertekad untuk membeli rumah tersebut memandangkan harganya yang murah dan lokasinya yg agak cun..

Dengan azam tersebut dan galakkan dari salesgirlnya yg agak seksi..maka aku pun terbeli rumah tersebut..

Sekarang aku dah dekat nak masuk setahun setengah duduk dirumah tersebut dan rumah tersebut tidak la skema seperti diatas lagi..keh keh

30 November 2009

DDG 96/98

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 15:19

Tiba-tiba sahabat lama telefon membawa berita tak lama lagi akan diadakan reunion utk batch diploma aku dulu..

rupanya diorg dok kontek2 melalui facebook skrg ni..ceh!.. aku ni mana la connect sgt dgn benda2 it ni..dah la Opis aku banned semua unsur2 chatting..teruja pulak aku nak tau apa la yg diorg umpatkan kat menatang fesbuk tu.. mesti byk cerita lama keluar balik tu..haha..

kenangan 13 tahun lepas mmg byk beb..memang tak boleh blah la kalau ingatkan balik..betapa lanunnya kitaorg masa tu..tak sabar nak tau apa perkembangan diorg..mana la tau kot ada yg dah jadi jutawan..bole la menumpang senang.. huhu..

29 November 2009

Maka Terdampar la aku disini..

Filed under: Aku,Duit,Isteri,Kerja — tekanayat @ 14:03

Assalamualaikum,

Di sini ingin saya maklumkan bahawa saya telah membuat kesilapan dengan meluluskan cuti untuk Encik M*hd Z*idi S*h*r pada tarikh yang disebut di atas walaupun ianya tidak mempunyai DTO memandangkan Encik H*mz*h juga bercuti pada hari yang sama. Dengan itu memandangkan Encik M*hd S*lisid* tidak saya benarkan untuk bekerja untuk tempoh 2 hari penuh berturut-turut (yang mana ianya menyalahi undang-undang buruh negara dan akta pekeliling Malaysia Airport), maka dengan itu saya terpaksa menarik balik kelulusan yang saya berikan pada Encik Mohd Zaidi untuk tarikh-tarikh tersebut. Oleh itu, pada hari-hari tersebut, Encik M*hd Z*idi akan bertugas pada Shift Pagi dan Encik M*hd S*lisid* akan bertugas pada Shift Tengahari dan Malam. Keprihatinan dan kerjasama dari kedua-dua mereka amat saya hargai. Kesulitan yang timbul dari keputusan ini amat saya kesali.

Kepada Puan Z*rin*, Saya harap agar pihak Puan dapat membantu untuk mengembalikan 2 hari cuti tersebut ke dalam rekod baki cuti Encik M*hd Z*idi S*h*r.

Kepada Puan F*zil*w*ti, diharap dapat memeriksa dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi dan sekiranya terdapat keraguan atau kesilapan yang dilakukan oleh saya pada bahagian Puan, dapatlah kiranya membantu dengan memberitahu saya secepat mungkin.

Harap maklum dan terima kasih.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Maka tersangkut la aku kat opis ni..sedangkan isteriku & adik2 iparku pergi mandi manda kat Lumut..takpelah..janji dapat beraya..walaupon 2 hari saja..

7-9 haribulan 12 nnt kena pergi kursus kat Damansara..nak pergi mcm mana ni?..aku mana tau jln2 kat sana..dah la area sesak..matilah makk..

Tadi borak2 dgn ofismate pasal kewangan..gila..dia ada 4 kredit kad..nasib baik belum over limit lagi..tapi dkt 5k jugak la hutang dia..apa taknya..ada ke renew insurans kereta dgn repair kereta pun dia bayarpakai kad kredit.. memang berbaloi2 laaa..

Moral of the story..jgn pakai kad kredit..sbb kad kredit tu la penjerat kewangan yg paling rakus skali..dah la skrg ni kena cukai dgn kerajaan..kena bayar yuran tahunan pulak..skrg ni pulak dah takde lagi payment tanpa faedah dlm masa 30 hari..lagi teruk kalau kita keluarkan duit cash guna kredit kad..jadi..potong jgn tak potong!

aku memang takde kad kredit..bank pernah pujuk aku guna kad kredit..tapi aku buat tak reti jer..sampai ada sekali tu bank siap poskan kat aku kad kredit..suruh aku pakai..aku pakai..dlm seminggu aje..lepas tu aku pi potong kad tu kat bank..padan muka..

Satu lagi..jangan buat pinjaman ASB..Simpan kat ASB takpe..tapi pinjam jangan..yer laa..kita mana tau dividen ASB tiap tahun berapa kan?..yg kita tau faedah pinjaman sahaja..kalau tetiba dividen lagi rendah dari faedah mcm mana?..tak pasal2 bank yg kenyang..ekonomi skrg ni bukan boleh kira..

Ukur baju pada badan sendiri..oraaaaiit!!

9 November 2009

Cinta Pertama

Filed under: Awek — tekanayat @ 02:17

1987 – Darjah 3

Tetiba seorang budak baru masuk kelas aku..perempuan..hmm..boleh tahan la..ada rupa cuma kulit dia agak sawo matang..nama dia pun agak pelik..aku cuma namakan dia Seri aje..

Dia rupanya anak Pengurus Felda aku..agak pandai orgnya..hari pertama masuk kelas ajer habis semua soalan cikgu dijawabnya..aku tak kisah sangat masa tu..bukan aku suka sangat menjawab soalan cikgu ni..kurang2 dah ada org tlg jawab kan senang kerja aku dlm kelas..haha..kecik2 lagi mentaliti dah hancur..juga agak kaya..selalu beli air kotak coklat tu satu karton..sedangkan aku cuma mampu beli sekotak dua..itu pun dua tiga hari nak kumpul duit belanja sekolah..kalau mood mak aku baik..dapat la rm2.00..tu pun tak mampu nak beli satu karton mcm si Seri..

Aku tak tau mcm mana aku mula dikaitkan dgn dia..mungkin masa dlm kelas aku duduk dlm satu kumpulan dgn dia kot..ntah tak ingat..tapi aku memang agak glamer masa tu..pasal cikgu ada sediakan satu tempat khas utk aku pasal aku tak nampak tulisan kat papan hitam..masa tu mungkin cermin mata belum dicipta barangkali..pasal tu takde sapa sebut pasal cermin mata masa tu..

Hmm..Yang aku ingat..satu hari tu kami ada melakonkan satu cerita dlm buku teks sekolah..alah cerita yg sekumpulan budak degil lemas dlm sungai..lepas tu ada sorang budak yg berani selamatkan dia..aku dgn 2 org kutu jadi budak degil..Seri ni pulak jadi hero (tak paham aku apasal pulak dia yg jadi hero).. so dlm adegan selamat menyelamat ni ntah mcm mana dia boleh peluk aku pulak..sumpah aku tak perasan bila masa dia peluk aku..yg aku tau satu kelas dah gelak gila2 masa tu..apa punya blur la aku nih..

Sejak hari itu aku memang kena ejek aje la..yg tak tahan tu siap ada kutu mana ntah buat rakaman luahan hati ala2 cerita gila2 remaja..dan aku kena paksa buat pengakuan..aku tak rela masa tu..tak tau la aku sama ada dia diberi dgr pengakuan tu atau tak..ada aku kisah?..

Tapi aku memang rapat dgn dia..yang aku ingat aku pernah beraya dgn dia..ofkos la adik aku pun ada escot..budak2 mana la reti berdua duaan..slalu gak aku dtg rumah dia..

Masa tu jugak aku dah pandai jeles..yer la ada khabar angin kata dia minat kat satu kutu yg ada basikal BMX..dah la kutu tu hensem..terer gelecek bola pulak tu..tapi aku simpan ajer la jeles tu dlm hati..Seri pulak ada buat satu press conference mengatakan dia tak minat pun kat kutu tu..ntah yer ntah tidak ada aku kisah?..main gasing lagi syok masa tu..

Tapi apa yg penting yer adik2 yg gatal nak bercinta zaman sekolah2 mcm abang yg terer ni..aku dgn dia bersaing dlm pelajaran..slalu aku cucuk angin dpt no dua dibelakang dia..sampai la ada satu hari tu kalau tak silap penggal pertama darjah 5, aku berjaya dpt nombor satu buat kali pertama..dan sejak dari hari itu nombor satu dlm kelas terus aku sandang…

Dia dah pindah sekolah..Mengikut bapanya yg ditukarkan ditempat lain..

Tiada salam perpisahan..tiada nombor telefon bertukar ganti..cuma aku rasa dia ada mintak alamat rumah aku..kunun nak bagi surat..haram takde..agaknya dah dpt org baru disana..

Takpelah..masa darjah 5 tu jugak aku dah ada awek lain..huhu..

31 Oktober 2009

Hidup Mesti Terus lah Jugak..

Filed under: Aku,family,Isteri,Kerja,Politik — tekanayat @ 21:54

Hmm..Sekarang kerja aku dah betul2 berubah..sistem lama dah nak tamat usianya..skrg pakai sistem baru..web based lagi..tak lama lagi boleh la cabut server lama tu..

Jadual kerja tak pasti lagi..aku harap tak kena kerja malam lagi lah..kalau tak mampus tahun depan aku kena beraya kat opis..mesti bebudak tu nak balas dendam kaw2 tahun depan..kih..kih..kalau tak berubah gak..kena la aku apply kerja lain tahun depan..dapat yg opis hour ker..baru la bole duduk umah tiap2 malam..baru produktif gitu..

Suasana opis baru ni memang mcm hapa ntah..banyak benar main politiknya..aku tak gemar la mcm ni..tapi bantai ajelah..akukan dah terlatih dgn sepak terajang politik ni..stakat ni semua under control walaupun aku dah dicop sbg kuat melawan..gasak lah..berani kerana benar gitu..

Kerja semua okey..skrg aku banyak kena entertain staf sykt aku berkaitan email company..1Malaysia punya staff tu oii..mcm penting sangat plak aku rasa diri ini skrg..mcm hero la..kalau takde aku gamaknya tak buat kerja la depa.. kih..kih..Cabaran pun ada gak..pasal ramai benor aweks2 yg call nih..ramah tamah plak tu..dugaan..dugaan..

Pasal opis lama..ntah la kan..mcm dah takde kerja je..terutama malam..dok melepak sambil tido aje kat opis..kalau gitu baik aku tido kat umah ajer kan?..tak boleh la pulak pasal ada satu kutu sudah kantoi itu hari..time2 dia balik tido dgn bini..aircond opis baru yg hebat ni boleh down..sikit lagi server bilik sebelah nak meletop..kalau meletop time tu kan bagus..keh..keh..apa la..sever kemain hebat..tapi aircond mcm motobot ajer bunyinya..kedekut lah opis aku ni..

Hoho..mak mentua aku dah nak pindah rumah..skrg ni tgh bz renovate rumah baru dia..jeles plak aku..aku bila nak pindah rumah?..huhu..tgu surat dpt kunci ajer ni..apa la kompeni yg buat rumah aku ni..serba serbi lembab..dah la buat rumah lembab..buat kunci rumah pun lembab jugak?..

Hari selasa lepas aku hantar wife aku g hospital.check penyakit dia..sejak kawen ni antara tempat yg sinonim dgn aku adalah hospital dgn klinik..dah brapa puluh kali dah aku kena pergi sana..bulan 12 ni kena hantar check lagi..seronok gak kawen ni..boleh melawat hospital selalu..

ok aku dah bosan nak menaip ni..antara pekerjaan yg aku tak suka nak buat adalah menaip..tapi aku byk cerita nak tulis..kena amik sorang jurutaip la mcm ni kot..

5 Julai 2009

Perubahan hidup..

Filed under: Aku,family,Isteri,Kenderaan,Kerja — tekanayat @ 16:54

Sejak lepas kahwin ni hidup aku memang dah banyak berubah..rasanya semua nya berubah kot..

Mula2 nak cerita pasal motor aku..eleh..somebody tu gerenti tau motor apa..maklum la pnh ada sejarah dgn motor gagah tu..hehehe..

Btw..dulu2 aku suka buat entri motorku yg gagah perkasa..dan motor aku dah betul2 jadi gagah perkasa skrg..hahahahah..pasal aku dah buat total makeover dah..Asalnya memang aku malas la nak makeover motor yg gagah tu..tapi pasal satu hari tu motor tu dah nak tahap jadi tukun..pasal dah tak nak hidup dah..lepas tu dgn motivasi dari isteriku yg suruh aku beli motor baru..maka aku terpaksa la membuktikan yg motor aku tu masih hebat..caiyok lah..

makanya pada satu hari tu..motor aku betul2 dah tinggal nyawa2 ikan..sampai nak tercabut kaki aku menendang starter (rosak bahasa!)..so alang2 dah hidup tu..terus aku masukkan ke spital aje..gitu gini dkt 3 rat jugak la lebur..tapi berbaloi sbb motor aku dah sihat dan gagah semula..laju oiii..

so bila motor tu dah okey balik..tetiba aku rasa mcm nak hensemkan lagi rupa paras motor tu..maklum la selama ini motor aku selalu jadi bahan kutukkan oleh mereka2 yg dengki..dengki la tu pasal motor aku tak rosak2 walaupon dah tua umurnya..

so sikit2 aku kerjakan la motor tu..ltk cover baru..pasang sport rim..asalnya aku malas nak pasang sport rim..skali rim dia bengkok plak gara2 terlanggar lubang..so pasang aje la..baru la ranggi..tayar pun aku tukar yg tiubless..sampai la tukar ekzos baru pun aku buat.. hasilnya motor aku skrg digelar Night Rider..haha..tema hitam putih tu..

Bab kerja pulak aku skrg dah ditempatkan kat Terminal..positifnya kat sini tak sesak sangat mcm tempat lama..senang nak gi keja gitu..dah la tak jauh dari rumah..kalau rumah baru aku siap lagi la dkt giler..huhu..bole la bangun gi keja lewat sikit..

Selain tugas lama..aku skrg dah kena jaga Lotus Notes..opis punya email la tu..gile kentang power oi..kalau aku nak semua org punya email aku boleh tgk..tapi sbb aku ni malas..maka aku tak tgk la..lgpun aku ni jujur dan amanah..watpe nak tgk email org..email sendiri lagi syok..tapi kerja banyak lah..terutama bila opis hour..mcm2 org tepon nak tanya masalah email..nasib la ai ni suka layan..lagi2 kalau ada awek suara sedap yg kol..huhuhu..

Negatifnya skrg ni aku byk kena duduk sorang2 kat opis..maklum la aku je yg keja shif..aku okey jer..apa nak heran..cuma tak dpt nak dibayang kalau kena kerja time hari raya sorang2 kat opis nih..syahdu oii..mcm kena masuk penjara gitu..tapi aku harap sempat la diserap ke office hour sebelum raya tahun ni..kalau tak sempat pun ada aku kisah?..hahahaha..pasal aku kan tak beraya tahun lepas..so tahun ni boleh la aku beraya puas2..lagipun bg chance la kat pengantin baru nak beraya..

Kat rumah lak..semakin rajin lak aku membersihkan rumah..kira rumah aku ni dah boleh la nak masuk pertandingan rumah terbersih peringkat kebangsaan (poyo!)..rajin basuh pinggan..basuh baju..mop lantai..tebas rumput..sampai isteri aku cuak la kat anak dara sebelah rumah..takut suaminya yg rajin ni dikebas gitu..hahaha..cuma memasak dgn sapu lantai and lipat baju je aku malas..tak rock la..itukan kerja org pompuan..

Aktiviti harian aku pun dah byk berubah..tiada lagi ruang utk kwn2..semua dipenuhi oleh xtvt keluarga sahaja..tapi xtvt dgn aweks masih on..cuma dah takde aweks yg nak ajak aku buat xtvt..takut la tu..hari tu ada yg ajak aku mkn KFC..tapi sampai la ni takde pun dia buat follow up..eleh tak rugi lah..takat KFC jer..lain la kalau ajak mkn kat hotel ker..

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.