Tekan Ayat

23 Mac 2006

Perlu ada sebab ke?..

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 21:10

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian… si isteri bertanya kepada si suami..
.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?.
.
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan menyintai Sayang!.
.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?.
.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!.
.
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka saling menyintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya mengapa abang menyintai dan menyayangi saya?.
.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab Sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”.
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma..
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi: .
.
“Sayang!Jika disebabkan suara abang menyintaimu… sekarang bolehkah sayang bersuara? .
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh menyintai sayang. .
.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan abang menyintai sayang… sekarang bolehkah sayang menunjukkannya?.
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang..
.
Jika disebabkan senyuman abang mencintai sayang… sekarang bolehkah sayang tersenyum? .
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang.Jika disebabkan setiap langkah abang mencintai sayang… Sekarang bolehkah sayang melangkah?.
.
Tidak!.
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Abang tidak mempunyai sebab mencintai sayang lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? .
.
Tidak!.
.
Abang masih menyintai sayang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang. Namun begitu… Ia boleh dirasai dalam hati.”

2 Komen »

  1. I really like what you guys are usually up too.

    This kind of clever work and reporting! Keep up the terrific works guys I’ve added you guys to
    my own blogroll.

    Komen oleh electronic document management systems — 9 Ogos 2014 @ 12:12 | Balas

  2. My partner and I stumbled over here different web page and thought I might check things out.
    I like what I see so now i am following you. Look forward to looking at your web
    page yet again.

    Komen oleh groupware pdf — 10 Ogos 2014 @ 03:04 | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.