Tekan Ayat

30 November 2009

DDG 96/98

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 15:19

Tiba-tiba sahabat lama telefon membawa berita tak lama lagi akan diadakan reunion utk batch diploma aku dulu..

rupanya diorg dok kontek2 melalui facebook skrg ni..ceh!.. aku ni mana la connect sgt dgn benda2 it ni..dah la Opis aku banned semua unsur2 chatting..teruja pulak aku nak tau apa la yg diorg umpatkan kat menatang fesbuk tu.. mesti byk cerita lama keluar balik tu..haha..

kenangan 13 tahun lepas mmg byk beb..memang tak boleh blah la kalau ingatkan balik..betapa lanunnya kitaorg masa tu..tak sabar nak tau apa perkembangan diorg..mana la tau kot ada yg dah jadi jutawan..bole la menumpang senang.. huhu..

10 Mac 2009

Manja..

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 12:40

pagi tadi masa sarapan saja je aku nak bermanja dgn sorang awek tu..tak sangka pulak itu pun jadi isu..yerlah selama ni aku ni nampak garang jer masa kat opis..tetiba lepas kawen ni pandai lak bermanja..alahai..nampak sanagt ker perrubahan tu?..manja ada makna tu oiii..

sempat pulak kuar isu mcm mana aku declare kat aweks2 aku dulu
pasal perkahwinan aku..haha..takde la aku jwb sepenuhnya..tapi mmg susah la jugak..ada yg boleh terima..ada yg okey jer..ada yg terus senyap..ntah lee..tapi ada gak yg dtg kenduri aku..sambil tayang pakwe baru..hehehe..tak kisah la asalkan bahagia..klu ada masa nnt aku citerla mcm mana aku susun ayat nak declare tu..tu pun kalau ada masa la..kalau takde pandai2 la guna skill sendiri..

eleh..awek aku kunun..kat opis ni pun mcm takleh terima jer aku nak kawen..langsung takde excited jer nak tanya hal perkahwinan aku mcm tanya kat org lain..dah 2-3 bulan ni jer baru la nak tanya2..dah boleh terima hakikat la kot..

tapi seriusnya mmg aku mula menghargai wanita sejak dah kawen ni..sian kan diorg tu..dah la kaum yg lemah..sampai nak kena ckp pun kena lemah lembut..wife aku ckp mcm ckp dlm kelambu gitu..so kena la aku ckp mcm ckp dlm kelambu dgn aweks2 lepas ni..maklum la nak jadi suami mithali la katakan..kena la lemah lembut dgn kaum wanita..

7 Mac 2009

Antara Teman & Kekasih

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 03:11

Blogging balik akhirnya aku..

Hmm..esok ada lawatan sambil belajar ke Melaka..ntah laa..keluarga pak mentua aku ni rajin betul ajak aku jln2 coti2 malaysia..tapi sebenarnya semua org rajin ajak aku pi jln2..why?..seronok agaknya kot bawak aku nih..

Lusa ada majlis kwn aku..Syamsul..tgh dlm dilema ni..yerlah..kwn tu dah tentu2 dtg masa aku kawen dulu..jauh pulak tu dia dtg..tiba time dia aku tak boleh pulak nak dtg..sedihkan?..

bukan aku tak nak dtg..klu ikutkan track rekod aku..mmg aku la muka paling rajin attend majlis kawen kwn2 aku.. walaupun ada yg tak dtg time aku kawen lepas tu..aku tak kisah..sebut aje tang mana..mesti aku mai punya..

tapi kali ni mmg tak boleh..keluarga belah mentua aku (lagi?) ada majlis lain pulak..benci betul la aku bila kena mcm nih..wife aku pulak mcm tak boleh nak tolak ansur pulak kali ni..ni mesti ada sbb nih..slalu tu sng aje..bengang punya pasal sampai aku kata keluarga dia lagi penting dari keluarga & kwn2 aku..rasa bersalah plak bile ckp mcm tu..tapi itu la hakikat..kena la terima..so hilang pulak la rasa bersalah tu..hahahah..

lupa pulak..aku ni baru je 2 bulan lebih kahwin..so byk benda kena sesuaikan diri..byk benda pelik2 nih..susah gak kawen nih..dolu2 masa bujang mana ada dilema mcm nih..nak kemana selamba menonong aje aku..skrg ni mcm dah kena ikat dgn batu pulak..nak usya awek lagi la tak menyempat..awek je yg sempat usya aku..ada masa lapang nnt aku citer la kan..

so..nak tau mcm mana playboya ganas mcm aku ni menyesuaikan diri dgn hidup baru yg serba mithali nih?..tungguuuuuu..sebenarnya.. aku pun tak tau laa..niat dihati mmg nak jadi suami yg baik..tp mcm bosan pulak jadi org baik2 nih..nerd ajer rasa..kakaka..

okeyla..nak kena tido nih..esok nak pi taman buaya tgk kwn2 yg kena kurung..hahahaha..bersama keluarga mentua..

23 Mac 2006

Perlu ada sebab ke?..

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 21:10

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian… si isteri bertanya kepada si suami..
.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?.
.
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan menyintai Sayang!.
.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?.
.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!.
.
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka saling menyintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya mengapa abang menyintai dan menyayangi saya?.
.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab Sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”.
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma..
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi: .
.
“Sayang!Jika disebabkan suara abang menyintaimu… sekarang bolehkah sayang bersuara? .
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh menyintai sayang. .
.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan abang menyintai sayang… sekarang bolehkah sayang menunjukkannya?.
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang..
.
Jika disebabkan senyuman abang mencintai sayang… sekarang bolehkah sayang tersenyum? .
.
Tidak! .
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang.Jika disebabkan setiap langkah abang mencintai sayang… Sekarang bolehkah sayang melangkah?.
.
Tidak!.
.
Oleh itu abang tidak boleh mencintai sayang. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Abang tidak mempunyai sebab mencintai sayang lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? .
.
Tidak!.
.
Abang masih menyintai sayang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang. Namun begitu… Ia boleh dirasai dalam hati.”

18 Mac 2006

Lain Kali cakap – Part 4

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 20:21

Actually aku nak citer bab ni semalam tapi disebabkan kecoh hal siti so aku lupa la pulak..heheh..

Ahad lepas ex-bos aku ada la suruh bawak balik cd HP apakemenda ntah..aku bukan reti sangat..hahah..so..lepas puas aku cari aku teringin plak nak pi hantar kat umah bos aku..gatai betul..padahal bos aku nak mai amik kat umah aku..so..masa nak pi umah bos aku tu..aku lalu2 la jugak area umah lama sidia yg aku dah 3 episod lepas aku cerita tu..apa yg aku nampak kereta kancil..mcm dia punya..tapi aku tak nampak plak no plat dia..kalau nampak pun belum tentu aku ingat apa no plat dia..hahah..gatai..

ok..ni aku nak citer episod lain..tapi ada kena mengena la dgn tajuk diatas..kira tajuk sama..kisah lain2..kira ni kira2 setahun setengah yg lalu laa..

ada la sorang umat tu..memula aku kwn baik jer dgn dia..ntah mcm mana tu satu hari tengah aku dgn dia syok2 borak merapu kat sms..dia boleh bagi satu msg yg meluahkan perasaan yg dr gaya bahasa dia mcm serius..siap tak nak dah kwn dgn aku..dia kata aku buat2 x faham..aik..

so..memula aku warning dia la..jgn la main2 pasal hati dan perasaan ni kan..sbb aku boleh hilang kwn pasal ni..so..dia pun merajuk2 la kunun..then..ntah mcm mana dtg idea giler aku..aku pon kata why not aku terima jer..memang giler pon pasal aku tak jumpa dia lagi..tapi aku mmg dah boleh gelak2 dgn dia..kira ngam laa..

tapi bila aku dah ckp aku dah terima dia tetiba dia buat aku tersentap pasal dia kata dia main2 jer..cis!..tercabar giler ego aku..mungkin dia nak kenakan aku pasal aku selalu jek yg kenakan dia..but this is not the right way..then aku despret nak pikat dia..tindakkan yg aku rasa mmg cukup hampeh utk lelaki ego mcm aku ni..

mcm2 cara aku cuba dan ekceli dah nak hampir dpt..tapi ntah mana silapnya dia boleh jatuh ke tgn org lain lak..so..tak kisah la kan..walaupon frust..ekceli bukan frust tak dpt..tapi frust pasal ego tercabar..tapi aku relakan laa..lagi pon aku rasa aku lagi hebat pada pakwe baru dia (riak ker?..nak motivate diri jer..) so..lantak laa..

so..kami masih kwn..masih ok sampai skrg..sbb kami dah janji akan kwn sampai bila2..mungkin dia pon dah lupa kisah tu..tapi aku tak lupa..cuma aku buat2 lupa..cuma yg herannya..tiap kali dia msg aku..dia akan ckp tgh dating laa..tgu call pakwe dia laa..nak ajak pakwe mandi sama laa and something yg nak naikkan tahap kejelesan aku..tapi aku buat bodo jek laa..tak rasa apa pon..

tapi makin lama makin menyampah plak aku dgn gelagat dia..ayat yg sama jek..aku ni bukan bole kena ayat2 yg klise..mula la tensen..so..aku kurangkan la msg dia.. then dia jek la msg aku dulu..dan mcm biasa..mesti keluar gak ayat2 poyo dia tu..

heh! aku nak tegur gak perangai dia tu..tapi aku tau mesti dia ingat aku jeles..so.. aku diamkan ajelah..tapi satu statement dari sorang kwn pompuan aku yg buat aku tersengih bila aku tanyakan pasal ni..

“sebenarnya dia tu dah tersedar dari mimpi basah dia selama ni yg dia dah tersalah pilih pakwe..baru skrg dia tau yg awak tu lebih baik drp pakwe dia sekarang”

aku tanya balik..”abis nak buat mcm mana skrg?”

kwn aku jwb “buat bodoh ajelah”

Moral : Dun Phunk with my heart or i will play stupid

12 Mac 2006

Lain kali ckp part 3

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 15:02

copy paste perbualan sms..

Dia : akum..dkt sureheboh ke?

aku : tak pegi pon..takde kwn nak ajak..mas pegi ke?..

dia : mas x blk nilai..sbb family mas blk kampung..x ada keje kosong ke kat sana?.. boring la duk sini.

aku :  try la apply MAB (dlm hati..nak cari keje baru nak ingat kat aku..cet!)

dia : nanti tolong sms alamat blh? trima kasih byk2..tgh keje ke? dah mkn?..

aku : zzzzzzz (tido daaaa..ahahahah!)

esoknyaa..

aku : bla..bla..bla..(alamat HR opis aku..pandai2 la mintak sendirik ekk..)

dia : terima kasih byk2 ya..nanti mas blk nilai mas blanja mkn k.

aku : janji ye..saya pon dah lama tak jumpa mas (laju jek kalau psl mkn pree..haha)

dia : ok..insyaAllah.

aku : bila mas nak kawen?..

dia : insyaAllah hujung2 tahun..

aku : nak dgr citer tak..dulu saya pnh suka kat mas..tapi saya tak reti nak ckp..

dia : betul ke tipu..?ha.ha..tapi x pe..insyaAllah..zaidi akan dpt lebih baik dr mas.. kita kawan blhkan?

aku : boleh je kwn..ntah nape ntah masa tu tak berani nak ckp..padahal selalu jumpa mas..

dia : la..asal x ckp awal2..x pekan kita masih blh bkawan betul x?.. 

aku : masa tu saya takut mas mrh klu saya ckp..lagi pon masa tu kan mas baru lps putus tunang..

dia : mas x kisah x pe..mas doakan kbhgian zaidi k..jgn marh tau..takut nnt mas nak berkwn.

aku : saya tak mrh pun..saya hepi tgk mas bahagia..tak sedih2 mcm masa saya baru2 kenal mas dulu..sakit mas dulu dah ok ke?..

dia : buat masa ni alhamdulilah..sihat..nanti kawin jgn lupa ajak mas ya.

aku : bukan mas yg nak kawen ujung tahun ni ker?..

dia : mana tau..tup2 awak dulu..mas nak keluar dulu..yek.

aku : take care.

hmm..berani gak aku ckp walaupon dh terlambat..

 

Warkah Berlagu Pilu – Felix

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat dihatiku
Dalam tidak ku sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
CUma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkanku andai dirimu terluka

11 Disember 2005

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 08:30

Masih ingat dgn tajuk entry ni?..kalau tak ingat pi la selongkar balik kat belakang2 nu..kalau tak nnt tak paham sbb mcm ala2 citer harry potter gak..kena tgk sekuel 1st baru leh paham sekuel terbaru..tak pon mcm PHSM2..hehe..Big Smile

apa kesinambungan citer cinta terluka ni?..adakah aku akan kontek dia balik?..adakah aku berjaya memikat si dia kembali?..adakah kami akan hidup aman bahagia hingga ke anak cucu?..sama2 lah kita tonton kat panggung..beli tiket yg original tau..huhu..Wink

well..Jumaat lepas aku temankan la osmet aku beli brg2 diorg nak meniaga burger.. yer laa..dari melepak kat umah jer ( malas nak kuar sbb nak tunggu survivor ) baik aku pi kuar kejap temankan osmet aku tu..lagi pon sekejap jer..

tetiba lak kedai yg supply brg2 jual burger tu tutup plakk..so..aku dgn bijaksananya cadangkan supaya kami pi try cari kat pasaraya yg berdekatan aje laaa..senang sket aku beli hadiah kawen utk kwn2 aku..hehe (ramai lak kengkawan kawen ujung bulan ni..kopak pakcik!)Shocked

then..masa kami tgh survey2 tu..tetiba aku perasan ada sorang awek dok lari2 menuju kearah aku (overnya ayat..haha) Tongueekceli bukan lari2 laa..kira jln pantas la kot..baliknya baru la osmet aku ckp rupanya dari jauh lagi minah ni dah senyum2 kearah kami..dia ingat senyum kat dia..cheh! tau la ensem..nyampah..Hurmph

Yaaa..tak lain tak bukan..itu la si dia..yg dah dkt 3 tahun aku tak kontek..tetiba dia muncul kembali didlm hidup aku..wakakak..nyampah..Wink

err..aku tak ingat apa yg sempat aku bualkan..ada la sket tanya2 khabar..pasal kwn2 opis..dia mintak no tepon aku (bagi jer laa..) dia bg no tepon dia (amik jer laa..tepon lom tentu lagi..) cuma masa tu terasa nak cpt2 blah jer..lagi nak cepat blah bila dia kata dia nak tunang ari ahad ni (ari ni lerr..) siap suruh aku dtg tgk dia tunang lak tu..ehehe..klu btul2 dia jemput leh aku dtg mkn pree..tapi osmet aku kata dia ajak2 ayam jer tu..mana ada org luar dtg time majlis tunang..apa raaa..Big Smile

baliknya aku sembang2 la dgn osmet aku pasal dia..dan seperti yg aku jangka..osmet aku kutuk aku sbb aku tak ckp dgn dia ttg perasaan aku yg sebenar.. ni yg aku malas citer ngan kengkawan lelaki pasal love story aku nih..manjang nak mengutuk jer..osmet aku kata dia ni lawa..rugi jer aku lepaskan dia dulu..Hello! ko tak tgk lagi masa memula aku jumpa dia dulu..selebet jer..boleh dikatakan ramai yg start suka dia bila dah kenal hati budi dia..kalau tak kenal maka tak suka laa..tapi mmg aku tak nafikan..dia mmg lawa masa aku jumpa tu..mungkin sbb dia tgh bahagia skrg ni..hati dah senang..tapi aku bukan pandang itu semua..yang pasti.. aku gembira bila tgk org yg pernah aku tolong hidup bahagia..hepi jer..tak sedih2.. sebab aku benci kesedihan..kalau bole nak tgk suma org kat dunia ni hepi jerr..Big Smile

hmm..selamat bertunang la aku ucapkan kat dia..insya allah kalau dijemput aku dtg la masa kenduri kawen dia nnt..teringin gak aku nak jumpa mak dia..teringat aku layanan baik mak dia kat aku dulu..boleh cerita2 panjang lagi yer makcik..hehe.. abg dia pon ok gak ngan aku..huhu..Tongue

mungkin sampai sini jer la kot..tak tau la kalau ada lagi sambungan dia..mana la tau kot2 anak2 kami lak berchenta ker pd masa akan dtg..bole aku buat part 3 plak.. ala..mcm citer sembilu usop aslam tu..sampai keanak cucu citer dia..wakakakak..Wink

okeh laa..end of the story..Angel

2 Ogos 2005

Jodoh..

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 06:21

Tiba2 tgh2 mlm buta ni aku bleh terpikir pasal jodoh plak..ahahaha..ni gara2 pasal opis mate dept aku nak kawen la ni..slalunya dept aku ni suma bujang2..so..kami pon kdg2 lupa nak pk pasal nikah2 ni.. pasal kawen2 tak yah ckp la..suma expert..ahahahah..

ntah la..mungkin aku ni memang tak jumpa yg serasi lagi kot..tu yg tak terbukak pintu hati nak mendirikan umah tangga..susah nak faham sikap aku ni..aku sendiri pun tak faham..mcm mana org lain nak faham..aku ni tak boleh kwn ngan org yg sensitif..kuat cemburu..selalu nak perhatian..tak independent..wah! mana nak cari gepren mcm tu?..susah wooo..dan aku rasa mmg aku takkan jumpa..tapi masalahnya aku cepat tensen dgn org mcm tu..aku dah cuba dah nak bertolak ansur..cuba memahami org mcm tu..tapi tak tau laa..mungkin jiwa aku ni jiwa pemberontak..bila dah overloaded tu..hmm..

tapi..kalau kawen best jugak ek..dah tentu aku tak yah susah2 menjawab soklan bodoh lagi..tak yah susah2 masak..basuh baju..kemas umah..tu pon kalau wife aku tak pemalas laa..kalau pemalas nampaknya kena la aku yg buat..chess..tak mau kawen la mcm ni..

tapikan..eheheh..naluri aku mcm terasa jer aku bakal kawen tahun depan..ahahahah..tak tau laa.. instict aku ni len mcm sket..lagi plak aku ni bukan jenis yg suka plan2 apa2..seriusnya..aku mmg tak pernah plan apa2 dlm hidup aku..suma berjln secara natural..so..kalau aku kawen tahun depan laa.. sapa la agaknya pompuan bertuah tu ek..ahahahahah..

uish..takut la nak pk pasal kawen ni.. menyeramkan..ngeri..aku tak prepare apa2 lagi ni..adeh!..

Dunia Belum Kiamat

Ku fikir-fikir sampai tua..
Diri ku ini siapa yang mahu

Sabarlah sayang, tunggu dulu
Belum tentu orang tak mahu

Sudah ku fikir, sama saja
Jauh fikir bulan dan bintang

Sampai ke mana, abang mimpi
Jangan fikir-fikir menyusah hati

( korus )
Kembang tidak..

Setangkai..

Dunia belum ..

Kiamat..

Panjang umur ada jodoh..

Banyak gadis..

Pilihan..

Banyak janda..

Unik-unik..

Dunia belum kiamat….

Kalau begini, apa lagi
Tentu adik suka padaku..

Fikir sendiri, fikir saja..
Tentu tahu isi hati ku..

( ulang korus )

25 Mei 2005

Lain Kali Cakap..

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 01:46

Tahun 2001..

dia mula masuk keje kat tempat aku..tapi masa tu takde la aku pandang sangat dia ni..masa tu dia masuk keje pun dgn 2-3 org staff baru yg lain..lagi pun masa tu ada desas desus yg group yg baru masuk keje ni akan ambil alih tempat kami..dan kami akan kena buang..so..aku malas la nak melayan bebudak baru nih..dengki punya pasal..

then..kami tak jadi kena tendang..tu laa..jgn percaya khabar angin..so..group2 budak2 baru ni jadi junior kami..hmm..biasalah..kami yg senior akan dpt sorang anak murid baru..tapi aku tak..aku kena partner dgn senior gak..selamat aku..tak yah sesusah mengajar..

tapi..aku dah mula memerhatikan dia..ala..org dah lama tak jumpa pompuan..hehe..sebelum ni takde staff kat dept kami yg pompuan..suma lelaki..aku tgk dia ni ok gak..tak la lawa mcm Maya Karin.. tapi gaya dia berpakaian..nampak kena jer..lagi plak budi bahasa dia bak kata org boleh la nak dibuat menantu..

ok..mcm mana aku bleh rapat dgn dia?..ekceli aku ni bukan la suka menegur pompuan tak tentu hala.. aku lelaki bermaruah beb..haha..poyo!!..mcm ni..ada la sekali tu..aku main starcraft..tak tau apa menatang starcraft tu?..game perang2 tapi bleh msg2 kat pihak lawan ( kwn aku laa..main pakai network)..so..dlm msg2 kutuk mengutuk tu aku saja la suh kwn aku kem salam kat dia..haha..aku saja je sebenarnya.. ms tu masih tak berminat lagi kat dia..suka tgk jer..sekali dia bleh dtg kat tempat aku men game..uikss..apa kes?..nampak mcm nak borak dgn aku..tapi aku bleh buat tak layan jer.. yer laa..dah dia duduk sebatu jauhnya..aku buat dunno je laa..nak borak mai la dekat sket..hahaha..

dan..ntah kenapa..aku jarang dpt partner dgn dia..so..mcm mana nak interview dia?..tapi ada la sekali tu dia bercerita ttg kisah dia..tapi bukan kat aku sorang laa..masa tu ramai penonton..tragis gak.. ekceli dia baru je putus tunang..keluarga tak restu..mcm mana tu?..memula ok la tunang tu..tapi ntah mcm mana family dia dpt detect yg tunang dia ada sakit..aku tak pasti la sakit apa..tapi mcm ada gila2 ala2 hilang ingatan gitu..sawan ke?..ntah la..bila sakit je terus mcm kena rasuk kot..so.. family dia takut la ini akan memudaratkan dia dikemudian hari..tapi yg jadi masalahnya dia dah syg kat ex tunang dia..kira mcm citer hindustan laa..ada lempang melempang.. bawak lari..pulangkan balik..emm..ada gak dia kata family dia tuduh family tunang dia ‘buat’ sumthing kat dia..sbb dia selalu sakit2..ontah laa..

lepas tu aku tak ingat mcm mana..tup2 aku dah msg2 dgn dia..waa..pantas gak aku jlnkan jarum aku..hahaha..ala..aku bukan niat nak ngorat dia..ntah kenapa kesian plak aku dgn cerita dia..lg pon dgr citer dia pnh keje kat driving school..aku masa tu baru je terniat nak amik lesen keta..so.. boleh la aku amik kesempatan sbb dia masih ada connection baik dgn tempat keje lama dia..murni sungguh niat aku masa tu..hehe..tapi pasal aku msg2 dia pon dah kepoh gak..ada gak yg jeles2.. muakakaka..ramai gak yg minat dia ni ek..

then..satu hari dia nak berhenti keje sbb nak jadi nurse..laa..kantoi la niat murni aku nak blajar memandu..ekceli masa tu aku tak rapat sangat lagi dgn dia..so..aku no comment la pasal niat dia nak berenti keje tu..bye2 aje laa..huhu..

then lagi..tetiba dgr citer dia nak masuk balik keje..laa..rupanya dia tak tahan training nurse tu.. kena mandi ayaq perigi katanya..ni akak2 opis aku la yg cerita..sbb aku dh jrg kontek dia lepas tu.. ada dia call aku pon sbb nak tanya no boss aku..tapi bukan dia call..abg dia yg call aku..tapi dah polisi opis aku takkan terima staff yg berhenti..so..dia tak dpt la masuk keje balik..

then lagi sekali..masa aku lepak2 bergossip dgn akak2 kat opis aku (pandai gak aku bergossip ek.. hehe) terdengar la berita yg dia ni duduk kat umah menangis je mengenangkan nasib diri yg malang..pastu asik demam je..uikss..kesiannya..pastu ada akak sorang tu suh aku gi melawat.. tgk2kan dia..bukan suh aku je..ada la sorang staff kat sini gak..tapi mcm tuju kat aku je..ala.. kes aku rapat dgn dia dah kepoh dah..aku je buat dunno..hehe..

tapi aku tak terus melawat dia..malas laa..aku msg2 je..dia balas balik..puas la aku menasihatkan dia..kental gak cinta dia dgn tunang dia..so..aku malas nak sentuh bab tu..aku suh dia cari keje.. pastu nampak mcm ok la sikit..tetiba satu hari tu dia kata nak bawak diri balik kg..uiks..bukan ada sesapa pon kat kg dia..tetiba aku jadi risau.. 

then aku pegi la umah dia..dtg melawat la sebelum dia blahkan..tapi dia tak jadi nak balik kg..sbb aku dah ayat dia suh keje kat sini dulu..so..aku dgn baik hatinya menawarkan diri utk tolong dia cari keje..aku bawak dia pegi cc utk cari keje cara online..sanggup la nak temankan dia pi cari keje..peh..baik betul aku ni..

akhirnya dia dpt keje..masa tu aku mmg dah rapat giler dgn dia..mak dia dah tak kisah dah aku nak keluar dgn dia..rumah dia pon dah mcm umah aku..cuma dia keje jauh..so..sesekali dia balik hujung minggu baru la aku bleh jumpa dia..elok la tu..tak la aku bertandang kat umah dia hari2..aku perasan gak dlm byk2 hal aku diutamakan dulu dari kwn2 yg lain..sampai ada sekali kenduri kat umah dia aku sorang je yg dijemput..kwn2 lain haram tak dijemputnya..dia gak yg bagi galakkan suh aku amik lesen keta sampai aku berjaya..mungkin dia dah boring asik jadi drebar aku kot..hahaha..

ekceli sampai tahap ni aku dah rasa aku mula suka kat dia..aku dah mula membayangkan hari2 indah bila aku naik pelamin dgn dia..chewah..tapi aku takut nak luahkan kat dia..sbb aku tau dia akan jadi ceria bila jumpa aku..mak dia yg ckp tau..mak dia kata memula dia demam sampai nak bangun pun tak larat..tapi bila aku kata nak dtg umah dia..tup2 dia sihat wal afiat..boleh drive keta lagi jemput aku sbb masa tu aku tak tau jln nak pegi umah baru dia..dan..aku ni plak mcm tau2 je dia demam..bila dia demam je aku mesti terniat nak dtg umah dia..kdg2 aku pelik dgn sakit dia ni.. selalu sangat demam..kurus kering dah badan..pastu kat muka dia mcm ada sakit kulit..tapi tak la teruk sgt..dia rajin ubat..

so..aku takut bila aku luahkan perasaan kat dia..dia akan teringat balik kisah dia dgn tunang dia.. dan dia jadi tak ceria bila jumpa aku..aku tau..aku la sumber keceriaan dia..mak dia gak yg ckp tau..so..aku rasa tunggu la setahun dua dulu..lagipon aku yakin dia takkan kemana2..

hinggalah satu hari dia buat pengakuan yg dia dah ada pakwe..pakwe yg bukan tunang lama dia.. aku terpempan..tak tau nak kata apa..tapi aku kontrol macho..buat2 tak kisah..dan sejak hari tu aku dah tak kontek dia lagi..sampai la sekarang..biarlah..sekurang2nya aku gembira dia dah bahagia..

kdg2 rasa nak call dia balik..tapi dah lama sangat tak kontek dia..dia pon takde nak amik inisietif nak kontek aku..bukannya aku ada tukar2 no tepon..no hempon dgn no opis aku masih no lama.. lagi pon no tepon dia pon aku dah delete dr henpon..tapi ada la dlm buku tepon buruk aku..tapi umah lama dia yg aku selalu dtg dulu dkt je dgn umah aku skrg ni..skrg ni abg dia duduk situ..tu yg teringat balik nostalgia lama ni..

hmm..kalau la aku luahkan kat dia dulu..ntah2 dah 3 anak aku dgn dia skrg..hmmm…

panjang sket entry kali ni sbb lepas ni aku cuti panjang..nak balik kg laa..bye2..

21 Mei 2005

Pilot Cafe

Filed under: Uncategorized — tekanayat @ 16:47

mlm tadi sempat la aku baca satu novel ni..biasalah..kalau dah penulis ni yg buat novel..mmg sentiasa kena dgn citarasa dan angan2 aku..huhu..

hmm..biasalah..hero citer ni digambarkan sbg seorg yg hensem tahap gaban..kaya raya tahap donald trump..tapi malangnya..kaki pompuan la plak..byk anak dara org yg dirosakkannya..hmm..berbeza dari hero2 lain huh?..yaa..tu la ciri2 hero yg aku suka..mana ada org yg baik je 24 jam..mesti la ada masa baik..ada masa jahat..baru best..

bagaimana pun..bila buku dah bertemu ruas..haa..baru la hero ni nak menyesal..bagaimana pun.. menyesal kemudian tidak berguna..so..apa yg dia buat?..dia pi tolong la pompuan yg dirosakkan oleh org lain..tolong jaga..tolong menyamar jadi husband pompuan tu..sampai mak ayah pompuan tu boleh terima pompuan tu balik..amacam?..muliakan?..

kemuliaan tu adakalanya tak dtg dgn sendiri..hidup ni tak pernah adilkan?..kdg2 kita buat jahat dgn org lain..tapi org lain yg akan balas kejahatan kita..adakalanya kita buat baik dgn org lain..tapi org lain pulak yg akan buat baik dgn kita..

ekceli..aku rasa aku ada sikit persamaan dgn hero tu..huhu..cuma aku belum la sampai tahap rosakkan anak dara org lagi..lagi pon aku tak ensem..tak kaya..

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.